Tuesday, November 4, 2008
Something Special on 3rd November
3 Nov merupakan satu tarikh yang menggembirakan semua staff KKTM Rembau. Pengarah telah melaporkan diri di KKTM Rembau. Selama ini KKTM Rembau hanya mempunyai 2 orang Timbalan Pengarah (Akademik dan Pelajar) menerajui dan memimpin KKTM Rembau. Dengan adanya seorang pengarah ia akan lebih sempurna dan lebih bersemangat untuk meneruskan apa yang ingin dicapai oleh 'pasukan' KKTM Rembau. Beliau ialah En Md Khalil bin Mohamad. Perjumpaan pertama bersama semua staff dan pelajar2 KKTM Rembau telah diadakan pada 4hb Nov 2008 di dewan kuliah utama selama lebih kurang 2 jam. Dengan ucapan dan kata2 nasihat daripada beliau yang penuh semangat akan dapat memberi manfaat kepada semua.
Friday, October 17, 2008
Selamat Datang ke Digital Film with Animation

Digital Film with Animation merupakan salah satu kursus Art & Design di KKTM Rembau. Kursus selama 3 tahun ini mengambil pelajar-pelajar lepasan SPM atau setaraf. Antara kursus lain di sini ialah Furniture Design, Digital Media Design, Fashion Design dan Interior Design.
Kursus Digital Film with Animation mempunyai 4 orang pensyarah dan 17 orang pelajar pengambilan pertama pada Julai 2008 yang lepas. Kursus ini menekankan teknik-teknik pembikinan filem dan animasi seperti 3D Animation, Digital Video Production, Digital Photography, Digital Animation Design, Visual Effects dan Motion Graphic.
Siswa-siswi KKTM Rembau telah memasuki minggu yang ke 14 semester pertama. Semester kedua akan bermula awal Januari 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)