
Digital Film with Animation merupakan salah satu kursus Art & Design di KKTM Rembau. Kursus selama 3 tahun ini mengambil pelajar-pelajar lepasan SPM atau setaraf. Antara kursus lain di sini ialah Furniture Design, Digital Media Design, Fashion Design dan Interior Design.
Kursus Digital Film with Animation mempunyai 4 orang pensyarah dan 17 orang pelajar pengambilan pertama pada Julai 2008 yang lepas. Kursus ini menekankan teknik-teknik pembikinan filem dan animasi seperti 3D Animation, Digital Video Production, Digital Photography, Digital Animation Design, Visual Effects dan Motion Graphic.
Siswa-siswi KKTM Rembau telah memasuki minggu yang ke 14 semester pertama. Semester kedua akan bermula awal Januari 2009.
No comments:
Post a Comment